Saturday, April 11, 2009

Riangkan Hati


Tersenyumlah dan riangkan hati sendiri. Tenangkan jiwa dan berlapang dada. Bebaskan jiwa dari penjara kerusuhan... kemurungan jua kehuru-haraan... Padamkan api kedengkian. Singkirkan bara dendam. Leraikan sengketa dan maafkan kesalahan. Hindari kesilapan... perbetulkan keadaan dan berbahagialah...
Berlaku adillah... usah biarkan diri terus dihantui rasa bersalah. Pohonkan kemaafan dan bersedialah untuk mengakui kesilapan. Berkata benarlah dan berlaku jujurlah dalam kehidupan.. agar jiwa itu damai tenteram... aman.
Ikhlaslah dalam apa jua. Lakukan apa saja dengan penuh dedikasi... manfaatkan ilmu yang dimiliki jua terus meneroka... mengkaji tanpa jemu. Berusahalah sehabis daya dan bertawakal sepenuh hati.. tanpa secalitpun ragu. Pohonlah petunjuk ar-Rahman... redhalah dengan setiap ketentuan... optimislah jua berbaik sangkalah dengan Tuhan dan tenanglah dalam apa jua keadaan.
Tebarkan salam. Perindahkan tali persaudaraan... sesama insan... Jadilah binaan yang teguh.. lagi saling mengukuh... luruskan saf dan maralah ke hadapan... penuh keyakinan.
Riangkan hati... nikmatilah hidup ini dengan penuh kesyukuran, kerna Tuhan telah menjadikan setiap kita dengan pelbagai kelebihan dan melimpahkan setiap kita dengan rezeki yang tidak pernah mampu untuk dihitungkan... meski dengan tujuh lautan dan... sentiasalah bersedia untuk pulang... dengan jiwa yang tenang, redha dan diredhakan... jua pastinya.. dengan hati yang riang lagi diriangkan :)

Empayar Tuhan


Bertasbihlah kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya puji-pujian. Dia Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
~terjemahan Surah at-Taghabun (Tipu-menipu), ayat 18~

Friday, April 10, 2009

STUDY GROUP 3 IBNUSINA

Belajar berkumpulan (berkelompok)Belajar berkumpulan atau berkelompok dapat menjadi kegiatan belajar menjadi lebih menyenangkan kerana ditemani rakan atau di rumah sendiri sehingga kelihatan lebih santai.Namun, orang dewasa atau keluarga masih ada dan mengawasi seperti kakak, saudara-mara, adik-beradik atau orang tua supaya objektif belajar itu tidak disalah guna.Jika belajar berkumpulan ada baiknya mengajak teman yang pandai dan rajin belajar supaya mereka yang tidak pandai dapat memanfaatkan kepintaran teman yang pandai.Dalam belajar berkelompok kegiatannya adalah membahas pelajaran yang belum difahami semua atau menggunakan kaedah mengupas persoalan yang sudah dikemukakan guru mahupun belum dijelaskan guru.

Penaung : Cikgu Khairiah

Nama2 Kelompok Pelajar Berkumpulan:
1. Bob ( ketua ) 2. Awien ( Penolong ) 3. Paqol 4. Paez 5. Paza 6. Epan 7. Amey 8. Wan 9. Ju 10. Naz 11. Am 12. Zamir 13. Mal 14. Adam 15. Ara 16. Nyss 17. Ieqa 18. Zye 19. Aen 20. Ain 21. Iela 22.2yba 23.Mira 24.Najah 25.Nana 26.Fieda 27.Majidah 28.Thivya 29.Najihah 30.Daniel 31.Zharif 32.Farhana 33.Isma

Profil SMK Saujana Utama


Kod Sekolah BEA3084
Gred Sekolah B
Tarikh Tubuh :22 Mei 2003
Sesi :Pagi sahaja
Jenis Murid :Lelaki dan Perempuan
Jenis Bantuan: Sekolah Kerajaan
Bahasa Penghantar: Bahasa Melayu
Keluasan Keseluruhan : 12 ekar ( 4.86 hektar )
Lokasi Pendaftaran : Luar Bandar
Alamat: Persiaran Saujana 3, Saujana Utama,47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-60386997
Faks : 03-60383118
Bandar Terdekat : Bandar Baru Sungai Buloh
Mukim : Ijok
Pejabat Pelajaran Daerah : PPD Kuala Selangor
Pusat Kegiatan Guru : PKG Bukit Badong
Majlis Kerajaan Tempatan : Majlis Daerah Kuala Selangor
Daerah Pentadbiran : Kuala Selangor
Kawasan Parlimen : Kuala Selangor
Dewan Undangan Negeri : Jeram

Bil Pelajar : 936
Bilangan Optimum Pelajar : 1260
Bilangan Bilik Darjah : 36
Bilangan Kelas : 33
Bilangan Guru : 63
Bilangan Bukan Guru : 9